Pada suatu malam yang hening, seorang puteri bernama Hunny (bukan name sebenar) telah meminta seorang pemuda kacak yang konon-kononnya mengikut kepercayaan puteri berasal dari barat, menulis sebuah blog dengan mengikut garis panduan yang diberi. Tajuk cerita bebas, tetapi, atas permintaan khas, saya (pemuda kacak) diminta menuliskan tentang puteri, lebih tepat lagi hadiah untuknya. Tapi pemuda kacak(PC) enggan mengulas lebih lanjut untuk men’surprise’kan tuan puteri.(siapa dikalangan pembaca tahu surprise dalam tafsiran bahasa melayu?) hehe.. lampiran gambar kotak baru sahaja diberikan. hehe.. bagi puteri teruja sedikit. Yang len, tunggu hari lahir anda ya. karangan MESTI melebihi 350 patah perkataan, menggunakan bahasa melayu dengan betul, tanpa kesalahan ejaan dan mengandungi sekurang-kurangnya LIMA peribahasa dan idiom. Susah bagaikan memudik ke hulu pada waktu air pasang.
Berbalik kepada kisah PC tadi. Sedang menggaru2 kepala bagaikan kucing kegatalan telinga, memikirkan hadiah apakah yang paling sesuai buat sang puteri. Demi menyenangkan proses pemilihan hadiah, PC berjalan dikebanyakan pusat membeli belah yang terletak di kuala lumpur. Terdapat banyak kedai-kedai yang menarik sehinggakan PC rambang mata memilih apa yang mahu diberi. Tetapi, PC datang dari keluarga yang sederhana sahaja. Sudahkan kurang berwang, permohonan zakat pula ditolak. Tidak dilayan. Memikirkan nasib yang bagaikan jatuh ditimpa tangga pula, PC akhirnya membuat keputusan unuk membeli sesuatu yang lain daripada yang lain, sesuatu yang sukar dimiliki seperti hati tuan puteri. Akhirnya PC menjumpai sebuah kedai kecil yang begitu sukar dijumpai, terletak diceruk dan juga tidak menarik gubahan kedainya. Kedai yang menjual rantai yang sangat menarik, tidak akan wujud kembar bagi satu corak rantai. Bagaikan menyatakan hasrat PC iaitu puteri itu tiada gantinya, PC memulakan pencarian rantai yang paling sempurna. Diceritakan lebih awal bahawa sebuah kejadian telah berlaku, tetapi pemuda kacak enggan mengulas lebih lanjut. Bakal diceritakan apabila masanya sudah sampai. Truth may never be concealed forever. Suatu hari nanti pasti diketahui juga.
Setelah 15 minit berada di kedai tersebut, PC masih belum mencapai kata putus.PC tidak mahu berganjak kekedai lain. PC mahu beli rantai juga kerana bagi PC rantai itu simbolik kemahuan dirinya yang ingin selalu berada di hati tuan puteri. Akhirnya PC terjumpa juga satu yang memikat hati, yang mungkin juga memikat hati tuan puteri, berkat bantuan seorang rakan yang turut sama sedang mencari hadiah yang sesuai buat seseorang yang berada di hati. Two heads is better than one. Dengan hati yang berbunga riang, pokoknya sekarang PC pergi ke kedai hadiah untuk membeli kotak yang sesuai beserta sekeping kad hari jadi (kad sekepingkah?) kerana beberapa hari yang lepas berlaku satu kejadian imbas kembali (jika ingin tahu apakah yang terjadi ketike insiden itu, sila hubungi saya) yang membuatkan saya mahu membeli sekeping kad buat beliau. Sekarang hati PC sudah tenang bagaikan air besen yang sesuai untuk pembiakan nyamuk. Tetapi, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Disebalik kegembiraan yang melanda, PC sedang gusar as if a snake is slithering and binding his legs. Ini kerana, pembantu rumah PC baru sahaja memberitahu PC bahawa adik-adiknya yang telah kerumah kawan-kawan mereka masih belum pulang, walhal jam menunjukkan waktu sekitar 8malam. Lantas aku menelefon mereka menyuruh mereka pulang. Dengan marahnya saya bergegas ke rumah. Eyh, da menyimpang jauh dari tujuan asal. PC pula malas menekan butang delete. Long story short, pengembaraan PC mencari hadiah, telah tamat.
In a nutshell, pengembaraan PC pada hari itu telah berakhir dengan jayanya sekali. Dengan hati yang puas and a smile on his face, PC pulang bagi membertahu tuan puteri bahawa hajatnya hari itu tercapai. Now, his heart is pounding as if he is having a heart attack for the special day to come..... will try to be continued.. kot..
(lain kali jumpa gaya bahasa seperti ini, saya harap tuan puteri tahu, jauh disudut hatinya blog ini adalah untuknya)
4 comments:
erk..
y still got some english phrases??
huhu
sbab pengarang diminta membubuh 5 idioms
uikssss..
da ade penambahan pics nmpk nyer
dah maju da nih~
r the princess happy wif the present?
curious...
lol
Post a Comment